Wednesday, March 30

novel terbaru alaf 21


Biar Jadi Kaktus
Iffa Zalia
Harga: RM 19.90

 

sinopsis

Cinta Syakila dan Firdaus ibarat bintang-bintang yang bergemerlapan. Namun perjalanan hidup sebenarnya tidaklah seindah impian dan harapan. Dek tidak tahan menanggung penderitaan demi penderitaan, Syakila mencari keadilan dan kebenaran yang seakan-akan tersembunyi. Namun pencariannya terkandas bila dia diburu oleh Datin Habsah, seorang wanita korporat yang bersikap mata duitan. Tawaran satu juta Ringgit Malaysia daripada Dato'''''''' Tengku Amir membuatkan Datin Habsah ingin terus memburu gadis itu hingga ke lubang cacing.

Syakila ibarat kaktus yang teguh walaupun kemarau melanda. Dia meneruskan langkah dengan hati yang kental. Tika dirinya longlai, muncul Azlan yang berhati mulia. Lelaki budiman itu sering menghulurkan bantuan tanpa mengharapkan balasan. Pengorbanan setinggi gunung itu membuatkan Syakila dalam dilema. Dia tahu lelaki itu mencintainya sampai mati. Tetapi bagaimana pula dengan Firdaus? Lelaki itu nyawanya!

Yang Mana Satu
Emma Maizura
Harga: RM 21.00


Sinopsis
YANG mana satu ni? Ah, sukarnya hendak membuat pilihan. Seronok kalau dapat tahu siapa jodoh hidupnya. Indah masih ingat kata-kata Halid, namun... seriuskah Halid?

“Abang memang ada pasang angan-angan nak masukkan hidup Indah dalam hidup abang. Satukan jiwa Indah dalam jiwa abang.”
Ryian pula sering hadir ketika Indah dalam kegelapan. Taburan budi Ryian menyemarakkan perasaan cintanya. Janji lelaki itu sentiasa mekar membelai jiwanya.

“Abang nak jadi lelaki paling penting dalam hidup Indah. Abang nak jadi payung yang melindungi Indah daripada panas dan hujan.”

Ada apa dengan cinta jika antara dia dan Ryian adalah hubungan terlarang? Indah kecewa dan terluka. Dalam mencari cinta, Zarith pula datang membawa badai asmara yang menyakitkan jiwa. Indah benci dengan sikap Zarith yang mempersendakan maruah dirinya. Semakin dibenci lelaki itu, semakin dekat pula dengan dirinya. Panahan cinta yang mana akan melekat tepat di hati Indah? Cinta Halid, rindu Ryian atau benci Zarith yang menjadi pilihan? Yang pasti, hanya ada satu cinta!

Juara Carta Cinta
Lyn Dayana

 
Sinopsis
Ini kisah kejiranan yang gila. Ada pokok yang disiram air panas. Sampai kiamat, pasti tidak subur! Ada karipap yang berintikan julap, maka penatlah berulang alik ke bilik termenung. Maya tersepit umpama inti sandwic yang dihimpit rapat oleh roti panas. Jiran sebelah kiri selalu membuatkan dadanya terasa mahu pecah. Bekas kekasih yang tidak faham makna tidak. Kata hati Maya, sejarah lama tidak akan berulang kembali. Kata hati Haqiem, sejarah mengajarnya untuk tidak melepaskan wanita idaman hati. Maka, remuklah hati Maya bila kerap diasak.

Jiran sebelah kanan pula membuatkan Maya pening. Besarnya dunia, mengapa lelaki itu memilih untuk membeli rumah di situ juga? Sudah beristeri mengapa masih mencuri pandang pada dia Kehadiran lelaki yang tidak diketahui namanya membuatkan Maya gila! Lelaki ini kaya dengan teori. Dunia Maya kacau bilau bak diserang garuda. Siapakah juara di dalam carta cintanya? Yang kanan? Yang kiri? Atau yang sering singgah di dalam hati?

novel lain yang terpilih :








Harga: RM 19.90

No comments: