TIPS & INFO

13 Tips Diet Paling Ideal
 
 
Asid membuatkan tubuh menjadi langsing
Buah-buahan yang masam mengandungi vitamin C yang cukup ampuh "menggarap lemak" dan merampingkan tubuh. Pengambilan makanan masam (bersifat asid) dapat mencerna protein, zat besi serta kalsium lebih baik lagi di dalam tubuh. Makanan jenis ini juga memudahkan lemak diolah.
 

 Aktiviti berjalan kaki
Aktiviti berjalan kaki ternyata cukup berguna apabila anda ingin memiliki tubuh yang ideal dengan cara yang cepat. Selain ia membentuk bahagian tubuh sekitar perut dan punggung agar menjadi lebih kencang. Dalam beberapa minggu, anda akan dapat merasakan perubahan yang cukup bererti.

Metabolisme lancar berkat buah strawberi
Strawberi memiliki kandunganzat yang sangat besar sesuai dengan keperluan yang diperlukan oleh tubuh untuk menghasilkan hormon yang sangat penting untuk metabolisme. Waktu yang tepat untuk mengambil strawberi ialah selepas makan. Biji-biji kecil yang terdapat dalam buah ini berguna untuk keseimbangan pencernaan.

Pertukaran suhu membuatkan tubuh mencapai bentuk ideal
Pergantian antara suhu panas dan dingin tubuh mampu membakar molekul lemak dengan lebih baik. Program perawatan pelangsingan tubuh biasanya menggunakan teknik ini. Anda juga boleh melakukannya sendiri di rumah dengan menggantikan suhu air pancuran menjadi dingin dan panas. Pergantian suhu ini juga boleh anda lakukan di dalam bilik dengan cara menggantikan suhu kamar secara bergantian antara panas dan dingin (penghawa dingin)

Menikmati sayuran di atas piring warna biru
Agar tubuh bersih dari produk-produk metabolisme, makanlah sayur-sayuran dan buah-buahan sesuai dengan jumlah yang diperlukan oleh tubuh. Lebih elok lagi apabila anda makan dalam piring berwarna biru. Warna biru bukan sahaja memberikan rasa nyaman ketika makan namun juga dapat meningkatkan nafsu makan.

Senaman yang teratur
Dengan bersenam, lebihan kalori dalam tubuh akan terbakar. Apabila kita bersenam, tubuh akan membahagi endorfin ke seluruh bahagian tubuh. Untuk menghindari dehidrasi ketika bersenam, minumlah air putih sebanyak-banyaknya.

Makan buah anggur
Makan buah anggur lebih baik berbanding makan makanan ringan. Buah ini sangat baik untuk diet kerana gula buah yang terkandung di dalamnya sangat berguna untuk melawan rasa lapar. Buah ini juga mampu membakar lemak. Buah ini juga boleh dimakan dengan buah-buahan yang lain. Dengan cara itu keperluan vitamin dalam tubuh dapat dipenuhi.

Mengatasi rasa lapar yang luar biasa
Apabila tiba-tiba perut diserang rasa lapar yang amat sangat, sedutlah wangian dari sapu tangan yang telah dititiskan empat titis minyak lavender. Bernafaslah dalam-dalam maka anda akan dapat merasakan segala urat saraf anda kembali segar. Selain minyak lavender, aroma dari minyak mawar juga sama khasiatnya. Aromanya membuatkan tubuh menjadi relaks dan tubuh akan berasa santai.

Cukup minum
Cairan dari air minum atau dari sari buah sangatlah penting bagi pencernaan metabolisme agar tetap bekerja dengan lancar. Minumlah air dalam suhu bilik atau suam. Menurut ajaran dari timur jauh, minuman yang sejuk dan berais boleh membekukan pencernaan.

Makan kentang sebagai sumber kekuatan
Kentang mudah dicerna. Makanan ini banyak mengandungi karbohidrat, kalium dan sedikit lemak. Nikmatilah makanan ini dengan menggunakan susu atau krim. Produk-produk olahan susu seperti krim ini kaya dengan kalsium dan kentang yang dimakan memiliki khasiat untuk melangsingkan tubuh.

Penawar rasa lapar
Rasa lapar ada kalanya disertai dengan rasa haus. Minumlah segelas air putih sebelum makan. Dengan cara itu, anda tidak berasa terlalu lapar.

Ubat gigi perasa pudina
Setelah menghabiskan makanan terakhir anda, segeralah menggosok gigi dengan menggunakan ubat gigi perasa pudina yang segar. Menurut kajian, rasa pudina yang ada pada ubat gigi akan membuang nafsu makan anda khususnya untuk makanan yang manis-manis. Jika anda tidak berpeluang menggosok gigi selepas makan, kunyahlah gula-gula berperisa pudina.

Ikan sangat baik untuk mereka yang inginkan tubuh yang cantik
Ikan dapat membakar lemak dengan baik kerana proteinnya menjadi bahan bakar pembakaran lemak. Cara mudah ialah dengan memasak ikan dalam bungkusan seperti aluminium foil atau yang mengikut cara tradisional iaitu menu ikan pepes. Ikan pekasam juga sesuai untuk menu berasaskan ikan. Dijamin makanan anda akan menjadi ubat pelangsing yang ampuh.


No comments: